Berikut merupakan syarat - syarat untuk menjadi Ahli Persatuan MAM. Walau bagaimanapun segala permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan MAM.
Keangotaan pertubuhan adalah terbuka kepada semua anggota kaum kerabat TM dan TA serta keluarga masing-masing sahaja, yang berumur 18 tahun ke atas.
Tiap-tiap permohanan menjadi ahli hendaklah dicadangkan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditentukan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai Ahli.
Setiap Ahli yang memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan hendaklah memberi 2 minggu notis bertulis kepada Setiausaha.
Berikut merupakan manfaat untuk ahli Persatuan MAM yang aktif :
• Khairat kematian RM 1,000
• Kemasukkan Hospital RM 500
• Kelahiran cahaya Mata RM 200
• Anugerah Pelajar Cemerlang (Sila Rujuk Urusetia)
• Pinjaman Pendidikan sehingga RM 15,000
• Pinjaman Komputer RM 2,500
*Tertakluk kepada pertimbangan AJK Persatuan MAM