Adalah sebuah persatuan kekeluargaan keturunan Muhammad & Aishah Mandak yang berdaftar.Ditubuhkan sekitar tahun 1993, dan telah berdaftar sebagai persatuan berdaftar dengan RoS pada 23 Jun 1995. Keahlian merangkumi majoriti di kawasan Kuala Lumpur, Kuantan, Pekan dan Kuala Terengganu. Telah sampai ke peringkat keturunan ke generasi 5.
Persatuan Muhammad Aishah-Mandak adalah sebuah pertubuhan keluarga yang terdiri dari keturunan
Almarhum Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ahmad Al -Mu’adzam Shah
dan
Almarhumah Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa
yang betujuan meningkatkan kebajikan keluarga khususnya melalui Agama dan Pendidikan.
Almarhum Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ahmad Al -Mu’adzam Shah
Almarhumah Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa
Matlamat Persatuan MAM ini adalah bercorak kekeluargaan yang berlandaskan lunas-lunas Islam bagi keturunan kaum kerabat Tengku Muhammad (TM) dan Tengku Aishah Mandak (TA) yang antara lain :
Mengeratkan lagi ikatan silaturrahim atau tali kekeluargaan di antara kaumkerabat TM dan TA.
Memupuk semnagat kekitaan dan perasaan bertanggungjawab di antara kaum kerabat.
Mewujudkan ahli kerabat yang berilmu pengetahuan dalam Pendidikan Agama Islam.
Menanam rasa kecintaan yang mendalam terhadap Pencipta alam sejagat iaitu Allah Azzawajallah di kalangan kaum kerabat.
Dapat menimbulkan rasa mesra serta saling mengenali antara keluarga kaum antara kaum keluarga kerabat.
Memberi peluang kepada kaum kerabat untuk bertemu dan berkomunikasi di antara satu sama lain.
Membantu kaum kerabat mendalami hal ehwal Agama Islam yang menjadi landas utama dalam segala perancangan dan pergerakan perkumpulan.
Membantu kaum kerabat yang kurang berkemampuan dalam hal ehwal akademik melalui bantuan biasiswa atau khidmat nasihat.
Mengurangi beban atau tanggungan kaum kerabat yang mengalami masalah ekonomi.
Untuk mencapai objektif, matlamat dan tujuan perkumpulan, aktiviti-aktiviti berikut adalah dicadangkan:
Mengadakan Majlis Tahlil
Sesi Usrah dan / atau Tabligh
Majlis Qiamulail
Majlis Berbuka Puasa
Pembiayaan Menunaikan Haji / Umrah
Tabung Pinjaman Biasiswa Pendidikan
Anugerah Kecemerlangan
Pengemaskinian Maklumat Semasa
Kelahiran
Kematian
Perkahwinan
Kejayaan / Pencapaian
Dan lain-lain aktiviti / majlis keagamaan seperti mengaturkan Kuliah agama tertentu yang dipimpin oleh penceramah-penceramah yang terkenal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam.